Yayasan Didik Negara

Bantu Yayasan Didik Negara

SERDANG: Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik inisiatif Farm Fresh Berhad (Farm Fresh) yang mewujudkan Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata usaha murni itu sekali gus membantu membela nasib dan kebajikan kanak-kanak yatim yang kehilangan ibu bapa terutama disebabkan COVID-19.

Katanya, usaha itu menjadi platform bagi mengumpul dana dan kemudian akan disalurkan kepada Yayasan Didik Negara (YDN) untuk membantu anak-anak yatim yang memerlukan. “Kerjasama erat YDN dan Farm Fresh ini adalah satu permulaan yang pasti memberi manfaat besar kepada kanak-kanak terbabit.

“Justeru diharapkan lebih banyak syarikat korporat dan orang perseorangan turut bersama-sama menghulurkan sumbangan kepada YDN,” katanya dalam ucapan ringkas sempena pelancaran Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh, di Ladang 16, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, malam ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Pengerusi Yayasan Didik Negara, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Nazamid Saari. Pengeluar produk tenusu terbesar Malaysia, Farm Fresh yang melancarkan tabung itu yang bertujuan mengumpul dana bagi membantu pendidikan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa disebabkan COVID-19. Sementara itu Azmi berkata, tabung itu diwujudkan sebagai usaha Farm Fresh membantu kanak-kanak kehilangan tempat bergantung selepas ibu bapa mereka meninggal dunia. “Jadi kita mahu rakyat Malaysia bersama berkongsi rezeki menyumbangkan kepada tabung ini,” katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/11/886715/bantu-yayasan-didik-negara

Loading

Scroll to Top