Yayasan Didik Negara

Penubuhan Yayasan Didik Negara

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan fasiliti dan persekitaran persekolahan yang selesa dan selamat ke arah mencapai matlamat yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Di samping itu, usaha berterusan bagi menambah baik program bantuan sokongan kepada murid dan guru turut dilaksanakan untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan dengan optimum. Usaha ini juga adalah bagi memastikan tiada kanak-kanak pada umur persekolahan yang tercicir daripada sistem pendidikan negara.

Terdapat kepelbagaian peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk melestarikan ekosistem pendidikan yang berkualiti serta membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Ini termasuklah mewujudkan persekitaran PdP yang selamat, selesa dan relevan dengan keperluan semasa, membangunkan kompetensi guru dan membentuk kemenjadian murid. Di samping itu, kebajikan murid dan warga pendidik sentiasa diberi keutamaan.

Terdapat kepelbagaian peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk melestarikan ekosistem pendidikan yang berkualiti serta membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Ini termasuklah mewujudkan persekitaran PdP yang selamat, selesa dan relevan dengan keperluan semasa, membangunkan kompetensi guru dan membentuk kemenjadian murid. Di samping itu, kebajikan murid dan warga pendidik sentiasa diberi keutamaan.

 

Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah peruntukan kewangan yang besar dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Namun begitu, mengambil kira ekosistem pendidikan yang holistik dan kompleks serta kepelbagaian peranan dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan, jumlah tersebut secara relatifnya adalah terhad.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan sebuah yayasan (Yayasan Didik Negara) dengan urus tadbir yang teratur dan sistematik. Yayasan Didik Negara (YDN) berperanan sebagai badan rasmi yang bertanggungjawab untuk menggembleng kerjasama dan komitmen pelbagai lapisan masyarakat untuk menyalurkan sumbangan ke arah melestarikan pendidikan berkualiti.

YDN telah didaftarkan pada 5 Julai 2021 di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258].

YDN

Objektif penubuhan YDN adalah seperti berikut:

  • Memfokus kepada penjanaan dana bagi tujuan pendidikan dalam memperkasakan ekosistem pendidikan negara serta mengekalkan kelestarian yayasan;
  • Menyalurkan sumbangan dan bantuan kepda kumpulan sasar iaitu murid, warga pendidikan, sekolah, dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan akses dan kualiti pendidikan; dan
  • Mewujudkan pengurusan dan penyelarasan yang teratur, cekap dan efisien bagi memastikan fungsi Yayasan memberi manfaat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan sebagai pelengkap dalam pembangunan pendidikan bagi melahirkan generasi yang memenuhi aspirasi Pendidikan negara.

VISI

Menjadi pelengkap dalam memperkasa pendidikan bagi melahirkan generasi yang memenuhi aspirasi pendidikan negara serta berupaya bersaing di peringkat global.

1.2

Majlis Pelancaran Yayasan Didik Negara (YDN) di Auditorium Kompleks E, Putrajaya disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan diringi oleh YBhg. Datuk Hajah Nor Zamani Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan YBrs. Encik Hardian Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YDN. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah

DATUK KSU KPM

YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi

Pengerusi
Yayasan Didik Negara,
Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
Ahli LPA-01

DatUK Hj Phakaruddin bin Hj Ghazali

Timbalan Pengerusi
Yayasan Didik Negara,
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia
Ahli LPA-03

Datuk Haji Zamri bin Salleh

Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Didik Negara,
Timbalan Ketua Setiausaha, 
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Ahli LPA-02

Tuan Luqman bin Ahmad

Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Didik Negara,
Timbalan Ketua Setiausaha(Makro), 
Kementerian Ekonomi
 

Pengurusan

Hardian Hadir

Hardian bin Hadir

Ketua Pegawai Eksekutif,
Yayasan Didik Negara
 
 

Carta Organisasi

Scroll to Top